SEJARAH GEMAS…
Gemas dipercayai dibuka sekitar tahun 1900 yang diasaskan
oleh seorang pahlawan Melayu bernama Tok Subun yang berasal dari Melaka.
Sebelum Perang Dunia Pertama, telah dikenali sebagai Ayer Terap yang berasal
daripada sejenis pokok.
Selain itu, nama Gemas juga dikatakan sempena penemuan
tempat lombong emas di sebuah gua yang dinamakan ‘Gomeh’ (gua emas) yang
terletak di Bukit Jalor. Ada juga
mengatakan ia bermula apabila orang Inggeris berhujah dengan orang tempatan
mengenai nama logam emas yang dijumpai di sini. Orang Inggeris menamakan ‘gold’
tetapi penduduk mengatakan ianya ‘omeh’ dan gabungan kedua-duanya menjadi Gomeh
sebelum ejaannya dimuktamadkan sebagai Gemas.
Gemas dahulunya merupakan bandar kereta api terpenting di
Semenanjung. Ia bermula dengan pembinaan landasan kereta api dari Gemas ke
Johor Bahru yang dibina pada tahun 1904 dan siap pada tahun 1908. Keistimewaan Gemas merupakan
tempat pertemuan persimpangan landasan kereta api dari barat, timur dan selatan
Semenanjung. Stesen Keretapi Gemas dibina pada tahun 1922 dan pernah menjadi
nadi yang menghubungkan penduduk kawasan pedalaman Semenanjung Tanah Melayu
khususnya di Pahang dan Kelantan dengan wilayah yang lebih maju di Lembah Klang
(barat Semenanjung) dan di selatan (Johor Bahru dan Singapura).
Definasi Rancangan Kawasan Khas
Rancangan Kawasan Khas Gemas merupakan rancangan pemajuan
yang disediakan untuk tujuan pelaksanaan segera dan dikategorikan sebagai RKK
bagi pembangunan semula bandar.
Hasil utama RKK adalah Pelan Tindakan Pembangunan dan Pelan
Pengurusan Bandar Gemas. Ia disediakan mengikut peruntukan Seksyen 16B, Akta
Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) (Pindaan) 2011 (A1129).
Keperluan Penyediaan RKK Gemas
1.0
Mentafsirkan strategi negara dan negeri seperti
RFN 3, DPN 2, RSNS 2045 dan RTD Tampin 2020
2.0
Perancangan semula corak pembangunan guna tanah
Bandar Gemas agar berdaya saing dan
komprehensif
3.0
Pengukuhan potensi Gemas sebagai PPU terutama pembangunan semasa
4.0
Merancang semula penyediaan kemudahan,
infrastruktur dan utiliti
5.0
Potensi Daerah Kecil Gemas sebagai ‘Food
Valley’ dan penterjemahan
pembangunan Agropolitan Negeri Sembilan
6.0
Keperluan penerapan elemen bandar, landskap dan
rekreasi yang lebih menarik
7.0
Membentuk mekanisme untuk kawalan dan
penguatkuasaan kesejahteraan bandar
8.0
Penterjemahan konsep pembangunan terkini yang
lebih ‘hijau’ (Sustainable Development Goal, New Urban Agenda, Smart City dan
lain-lain)
Peringkat Penyediaan RKK Gemas
Peringkat 1: Mobilisasi - Penyediaan Terma Rujukan
Peringkat 2: Penyediaan Draf RKK Gemas
Peringkat 3: Kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN)
Peringkat 4: Publisiti dan Pewartaan RKK Gemas
Matlamat RKK Gemas
Merangsang Pertumbuhan
Ekonomi, Fizikal dan Sosial Bandar Gemas sebagai: ‘Pusat Katalis yang
Berdaya Maju dan Berdaya Tahan Serta Ke Arah Pembangunan Bandar yang Kondusif
dan Mam
Konsep Pembangunan
1. Memandu
arah tuju Gemas dalam rangka memenuhi objektif dan polisi pembangunan Negeri
Sembilan iaitu Gemas sebagai Agropolis dan Food Valley.
2. Mengoptimumkan potensi pembangunan
semasa iaitu pembangunan kem tentera, pembangunan ETS Gemas-KL dan JB dan
cadangan Pusat Agrosains Universiti Malaya yang berasaskan penyelidikan
pertanian.
3. Pembangunan kawasan pusat bandar yang
lebih sistematik di samping memperelokkan fungsi serta berkepentingan warisan pengangkutan kereta
api dan pembangunan berkonsepkan transit.
No comments:
Post a Comment