Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Kawasan Khas Gemas - PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM RKK GEMAS

Breaking

Home Top Ad

Thursday, November 1, 2018

Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Kawasan Khas Gemas




TUJUAN PUBLISITI & PENYERTAAN AWAM

     Memenuhi peruntukan Seksyen 13, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) bahawa sebelum Draf Rancangan Kawasan Khas diluluskan untuk diterima pakai oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT), orang ramai diberi peluang untuk member cadangan dan mengemukakan bantahan.
     Menggalakkan masyarakat untuk sama-sama terlibat dalam perancangan pembangunan masa depan kawasan mereka. Melalui pameran ini, diharap dapat menghasilkan pembangunan yang mencerminkan reputasi semua pihak khususnya penduduk tempatan.
     Memberitahu pemilik tanah dan penduduk tempatan mengenai cadangan jenis pembangunan di lot masing-masing untuk tempoh perancangan sehingga tahun 2015.

Konsep Penyertaan Awam

Terdapat pandangan yang berbeza berhubung dengan konsep penyertaan awam. Ada yang menganggap penyertaan awam merupakan perkara prinsip dan ada pula yang menyatakan penyertaan awam adalah sebagai amalan. Walau bagaimanapun sebilangan besar sarjana bersetuju dengan tafsiran penyertaan awam yang bermaksud informasi: hanya memberitahu orang ramai tentang apa yang dirancangkan; perundingan: menawarkan pilihan dan mendengar maklum balas; keputusan bersama: menggalakkan pilihan dan idea lain, dan memberi laluan atau peluang untuk membuat keputusan bersama; bertindak bersama: memutuskan bersama tentang apa yang harus dilakukan dan membentuk perkongsian untuk melaksanakan keputusan; atau menyokong kepentingan masyarakat secara bebas: menyokong kumpulan-kumpulan atau pertubuhan tempatan untuk mengembangkan agenda mereka sendiri mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Apakah Peranan Awam Dalam Penyediaan Rancangan Pemajuan?

Orang awam boleh menyumbang pendapat konstruktif sebagai input dalam perancangan bandar dalam proses penyediaan rancangan pemajuan melalui penyertaan awam pada peringkat publisiti. Pengarah Negeri hendaklah memastikan bahawa publisiti diberikan dalam Negeri semasa penyediaan draf RKK bagi kawasan tersebut dan mengambil langkah-langkah berikut:

(i)     memberi maklum kepada orang awam bahawa mereka adalah berhak dan berpeluang untuk membuat representasi  dengan perkara-perkara yang dicadangkannya dalam rancangan pemajuan itu,
(ii)    menimbangkan tiap-tiap representasi yang dibuat kepadanya dalam tempoh yang ditetapkan,
(iii)   menyiarkan, sekurang-kurangnya dalam tiga keluaran dua akhbar tempatan, suatu notis menyatakan bahawa salinan rancangan itu boleh didapati untuk diperiksa di tempat-tempat yang telah ditetapkan, dan
(iv)  menyediakan salinan rancangan itu untuk diperiksa di tempat yang dinyatakan dalam notis itu, dan setiap salinan hendaklah disertakan dengan suatu pernyataan mengenai masa, sebagaimana yang dinyatakan dalam notis itu, yang bantahan terhadap rancangan itu boleh dibuat.

Bagaimana Anda Boleh Memberi Cadangan dan Bantahan Awam?

Cadangan dan bantahan awam boleh dibuat seperti berikut:
(i)   memeriksa dan menyemak laporan Draf RKK di tempat-tempat berikut iaitu Pejabat Majlis Daerah Tampin, Pejabat Majlis Daerah Tampin (Cawangan Gemas), Pejabat Daerah Kecil dan Tanah Gemas dan Pejabat PLANMalaysia@Negeri Sembilan;
(ii) mengisi cadangan dan bantahan di dalam borang manual yang disediakan, atau mengemukakan borang bantahan secara digital atau on-line dalam laman web Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri, atau menghantar cadangan atau bantahan melalui e-mel kepada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri;
(iii) menghadiri majlis publisiti dan bantahan awam bagi menyampaikan cadangan dan bantahan.

No comments:

Post a Comment