Apa Itu Rancangan Kawasan Khas - PROGRAM PUBLISITI DAN PENYERTAAN AWAM RKK GEMAS

Breaking

Home Top Ad

Wednesday, October 31, 2018

Apa Itu Rancangan Kawasan Khas


PERUNTUKAN AKTA 172

Berdasarkan peruntukan Akta Perancangan  Bandar dan Desa 1976(Akta 172 ), penyediaan Rancangan Kawasa Khas Gemas melibatkan  empat peringkat utama iaitu mobilisasi, penyediaan Draf RKK, publisiti dan penyertaan penyertaan  serta pewartaan.  

Keperluan penyediaan RKK dinyatakan dalam subseksyen16 B( 1), (2) dan (3)Akta 172 pindaan pindaan tahun2001 (Akta A1129 ).

PERUNTUKAN RKK DALAM KONTEKS UNDANG-UNDANG

SUBSEKSYEN 16B (1)

Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri  atau Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT)  boleh menyampaikan kepada Jawatankuasa Perancangan Negeri cadangan untuk menyediakan (penetapan )RKK bagi suatu kawasan khas .

RKK perlu mengandungi cadangan tindakan khusus yang terperinci bagi tujuan sama ada untuk, memajukan,  memajukan semula, memperelokkan lagi, memulihara atau tujuan pengurusan kawasan. 
RKK boleh disediakan semasa penyediaan atau setelah berkuatberkuat  kuasanya sesuatu Rancangan Struktur atau Rancangan Tempatan .

SUBSEKSYEN 16B (2)

Jawatankuasa Negeri akan menentukan sama ada Pengarah JPBD Negeri  atau PBPT yang berkenaan berkenaan diberi diberi tanggungjawab menyediakan RKK .

SUBSEKYEN 16B (3)

RKK hendaklah disediakan dengan prosedur atau cara yang sama sebagaimana Rancangan Tempatan (RT) disediakan.

RKK hendaklah mengandungi panduan yang terperinci  berkenaan cara-cara pelaksanaan dan pengurusannya .

RKK hendaklah mempunyai kuat kuasa seperti RancanganTempatan .

Sumber : Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (172)

No comments:

Post a Comment